Melaraskan Posisi Leveraged Yield Farming
Last updated
Last updated
Di sebelah posisi farming aktif anda, anda boleh menggunakan alat Adjust Position untuk add collateral (menambahkan cagaran) atau borrow more tokens (meminjam lebih banyak token). Apabila anda menambah cagaran, tahap leverage anda akan menurun. Apabila anda meminjam lebih banyak token, tahap leverage anda akan meningkat. Panduan langkah demi langkah ini menunjukkan kepada anda cara melakukan kedua-duanya.
Anda juga dapat menurunkan tahap leverage tanpa menambahkan cagaran dengan menutup sebahagian posisi anda dengan partial close tool kami. Begitu juga, jika anda ingin meningkatkan tahap leverage anda tanpa meminjam lebih banyak token, anda juga boleh mencapainya dengan menutup sebahagian posisi anda.
Pergi ke halaman Farm
Sambungkan ke dompet anda (seperti MetaMask). Pastikan rangkaian (network) anda diatur ke BNB Chain
Posisi aktif ditunjukkan di bahagian Your Positions. Klik Adjust Position pada posisi yang ingin anda ubah
Masukkan jumlah cagaran yang ingin anda tambahkan
Anda boleh memberikan gabungan kedua-dua aset dalam pasangan farming. Smart kontrak kami secara optimum menukar aset anda depositkan dan aset yang dipinjam untuk mendapatkan pembahagian nilai yang sama untuk membekalkan farming liquidity pool tersebut
Apabila anda memasukkan nombor, anda dapat melihat bagaimana Debt Ratio dan tahap leverage anda berubah dalam metrik di bawah
Untuk menerapkan penyesuaian, klik Adjust Position. Anda akan mendapat pop-up notification di MetaMask untuk menerima transaksi
Tunggu transaksi diproses
Setelah transaksi selesai, anda akan melihat posisi farming anda yang diperbaharui di bahagian Your Positions di halaman Farm
Perhatikan tahap leverage semasa anda (asal) sebelum menyesuaikan posisi
Klik Borrow More?
Gunakan slider atau masukkan nombor untuk menyesuaikan tahap leverage anda. Ia mesti lebih tinggi daripada tahap leverage asal anda
Sekiranya anda menyesuaikan tahap leverage di bawah leverage asal, anda akan diminta untuk menambahkan cagaran
Untuk menerapkan penyesuaian, klik Adjust Position. Anda akan mendapat pop-up notification di MetaMask untuk menerima transaksi
Tunggu transaksi diproses
Setelah transaksi selesai, anda akan melihat posisi farming anda yang diperbaharui di bahagian Your Positions di halaman Farm