Membuka Posisi Leveraged Yield Farming
Last updated
Last updated
Alpaca Finance membolehkan pengguna membuka posisi leveraged yield farming di pool PancakeSwap dan WaultSwap.
Untuk membuka posisi leveraged yield farming, ikuti langkah-langkah di bawah.
Pergi ke halaman Farm di Alpaca Finance (https://app.alpacafinance.org/farm)
Sambungkan ke dompet Web3 anda (seperti MetaMask) dan pastikan rangkaian (network) anda diatur ke BNB Chain. Klik di sini jika anda belum mempunyai rangkaian di dompet anda.
Pilih farming pool yang anda mahukan. Anda dapat melihat semua senarai semua pool yang disokong di sini.
Klik "Farm"
Masukkan jumlah yang anda mahu Farm
Anda boleh memberikan gabungan kedua-dua aset dalam pasangan farming. Smart kontrak kami secara optimum menukar aset anda depositkan dan aset yang dipinjam untuk mendapatkan pembahagian nilai yang sama untuk membekalkan farming liquidity pool tersebut.
Pilih leverage yang anda mahukan. Setiap pool mempunyai tahap leverage maksimum yang berbeza.
Pilih aset yang ingin anda pinjam. (Untuk farming pools di mana kami mempunyai vault deposit untuk kedua-dua aset tersebut, anda dapat memilih aset yang ingin anda pinjam.)
Setelah mengklik "Farm", anda akan mendapat pop-up notification di MetaMask anda untuk menerima transaksi
Tunggu transaksi diproses
Setelah transaksi selesai, anda akan melihat posisi farming anda di bahagian "Your Positions" di halaman Farm.