Melaraskan Posisi Leveraged Yield Farming

Di sebelah posisi farming aktif anda, anda boleh menggunakan alat Adjust Position untuk add collateral (menambahkan cagaran) atau borrow more tokens (meminjam lebih banyak token). Apabila anda menambah cagaran, tahap leverage anda akan menurun. Apabila anda meminjam lebih banyak token, tahap leverage anda akan meningkat. Panduan langkah demi langkah ini menunjukkan kepada anda cara melakukan kedua-duanya.

Anda juga dapat menurunkan tahap leverage tanpa menambahkan cagaran dengan menutup sebahagian posisi anda dengan partial close tool kami. Begitu juga, jika anda ingin meningkatkan tahap leverage anda tanpa meminjam lebih banyak token, anda juga boleh mencapainya dengan menutup sebahagian posisi anda.

  • Pergi ke halaman Farm

  • Sambungkan ke dompet anda (seperti MetaMask). Pastikan rangkaian (network) anda diatur ke BNB Chain

  • Posisi aktif ditunjukkan di bahagian Your Positions. Klik Adjust Position pada posisi yang ingin anda ubah

Untuk menambahkan cagaran (turunkan tahap leverage):

  • Masukkan jumlah cagaran yang ingin anda tambahkan

    • Anda boleh memberikan gabungan kedua-dua aset dalam pasangan farming. Smart kontrak kami secara optimum menukar aset anda depositkan dan aset yang dipinjam untuk mendapatkan pembahagian nilai yang sama untuk membekalkan farming liquidity pool tersebut

    • Apabila anda memasukkan nombor, anda dapat melihat bagaimana Debt Ratio dan tahap leverage anda berubah dalam metrik di bawah

  • Untuk menerapkan penyesuaian, klik Adjust Position. Anda akan mendapat pop-up notification di MetaMask untuk menerima transaksi

  • Tunggu transaksi diproses

  • Setelah transaksi selesai, anda akan melihat posisi farming anda yang diperbaharui di bahagian Your Positions di halaman Farm

Untuk meminjam lebih banyak token (meningkatkan tahap leverage):

  • Perhatikan tahap leverage semasa anda (asal) sebelum menyesuaikan posisi

  • Klik Borrow More?

  • Gunakan slider atau masukkan nombor untuk menyesuaikan tahap leverage anda. Ia mesti lebih tinggi daripada tahap leverage asal anda

    • Sekiranya anda menyesuaikan tahap leverage di bawah leverage asal, anda akan diminta untuk menambahkan cagaran

  • Untuk menerapkan penyesuaian, klik Adjust Position. Anda akan mendapat pop-up notification di MetaMask untuk menerima transaksi

  • Tunggu transaksi diproses

  • Setelah transaksi selesai, anda akan melihat posisi farming anda yang diperbaharui di bahagian Your Positions di halaman Farm

Last updated